Monday, September 22, 2008

PENGURUS KAWASAN.

Pasir Gudang,22 Sept 08.

Tenaga Nasional Berhad Pasir Gudang telah menerima Pengurus Kawasan yang baru iaitu YM Raja Jalil bin Raja Zaid,yang melaporkan diri pada tarikh 3 Sept 08,mengantikan Tuan Hj Muhammad Zafir yang bertukar tugas di Pejabat TNB Johor.Sebelum ini beliau bertugas Pengurus Kawasan TNB Muar.

Pada perhimpunan pagi yang diadakan setiap hari isnin 22 Sept 08 diawal minggu berkerja,beliau berkesempatan berucap setelah hampir 3 minggu melaporkan diri kerana kesibukan tugas.

Dalam ucapan ringkas beliau menyeru kepada semua wargakerja TNB Pgd bertugas dalam keadaan seronok,ceria,berharmoni,bantu membantu,hormat menghormati dan senyum selalu.

Beliau memohon kepada wargakerja berkerja sama dengan beliau dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan TNB.Demi menjaga imej TNB.

Sempena hari raya yang menjelang beliau juga mengucapkan selamat hari raya ,mohon ampun maaf zahir dan batin serta menasihat supaya semasa pulang bercuti kekampung berhati memandu di jalan raya.

No comments:

Post a Comment