Thursday, April 26, 2007

KELEBEHAN GUNA BLOG.

Pasir Gudang.26 Apr 2007

KELEBEHAN GUNA BLOG.


Tahukah anda apakah kelebihan menggunakan blog berbanding laman web yang biasa?

1.Enjin Carian - Penggunaan blog lebih menarik minat enjin carian @ enjin gelintar @ search engine untuk mencari kandungan yang kemaskini.

2. Isi kandungan - Kandungan dalam sesuatu blog lebih cepat disebarkan berbanding laman web tradisional. Contohnya jika anda melanggan perkhidmatan daripada bloglines atau feedblitz, kandungan blog anda akan dikemaskini dengan segera dalam laman-laman tersebut.

3. Pengetahuan pengaturcaraan web yang sedikit - Anda tidak perlu menjadi pakar bahasa pengaturcaraan web seperti html, php, atau asp untuk membangunkan blog anda sendiri. Anda boleh menggunakan laman blog percuma atau membina blog anda sendiri menggunakan perisian blog dari sumber terbuka.

4. Maklumbalas daripada pembaca - dengan adanya kemudahan "comment", anda boleh mendapat maklumbalas daripada pembaca mengenai sesuatu topik yang diperkatakan.

5. Anda juga boleh mengunjungi laman seperti www.bloggingsteps.com untuk mengikuti kaedah mudah membina blog anda sendiri.

KENAPA PILIH BLOG.

Pasir Gudang.26 Apr 2007.

KENAPA PILIH BLOG.


Pada masa sekarang, blog menjadi satu trend kepada komuniti internet. Kenapa blog? Kenapa tidak membina laman web menggunakan FrontPage(c) atau Dreamweaver(c)? Jawapannya mudah sahaja, blog adalah satu perkhidmatan yang tersedia (ready to make). Seseorang tidak perlu menguasai kemahiran mengarang web menggunakan bahasa html, php, asp dan sebagainya. Seorang yang baru berjinak dengan komputer pun boleh membina blog dengan hanya tiga langkah utama jika menggunakan perkhidmatan blogger.com. Satu lagi sebab ialah, ianya percuma tanpa diganggu oleh popup atau iklan-iklan oleh pihak "hosting" percuma.

Selain daripada itu, kandungan blog mudah dikemaskini tanpa memerlukan anda menyediakan fail web anda terlebih dahulu di dalam komputer peribadi sebagaimana web dalam format html. Ianya mudah dikemaskini dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet, di mana sahaja sepanjang masa.

APA ITU BLOG?

Pasir Gudang,26 Apr 2007


APA ITU BLOG?

Ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Apa itu blog? Perkataan 'blog' sering keluar dari mulut pemimpin negara kita sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana ada pihak yang menyalahgunakan blog untuk tujuan tersendiri. Oleh kerana ada blog yang percuma dan mudah untuk didaftarkan, seseorang boleh mencipta pelbagai blog dalam masa yang singkat.

Berbalik kepada persoalan 'apa itu blog?', blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin anda biasa dengar dua perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.

Dengan blog, anda boleh menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam maya, dengan cara ini anda juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.