Tuesday, September 23, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA .

Pasir Gudang,23 Sept 08.

Bertempat di balai Islam Tenaga Nasional Generation Pasir Gudang,bermula jam 5 petang TNB Pasir Gudang bahagian Pembahagian telah mengadakan Berbuka puasa bersama wargakerja TNB.
Majlis bermula dengan membaca ayat ayat suci Al Quran yang diketuai olih En Norizal Jutera Kanan Perancang TNB Pgd dan En Mustafa Ketua Kerani dari Keluang serta warga kerja TNB Pasir Gudang.

Turut hadir Dato'Ir Amir Nordin Abdul Aziz Pengurus Wilayah 1 Tenaga Nasional Berhad,Ir Aminuddin Mohd Amin Pengurus Besar TNB, Negeri Johor,serta Pengurus Kawasan dan Cawangan,Eksekutif2,Wargakerja TNB Dan Penduduk setempat.


Majlis berbuka puasa dihidangkan dengan Nasi Ambang.Selepas menunai solat fardhu Maghrib Dato'Ir Amiruddin diiringi YM Raja Jalil bin Raja Zaid menyampai sumbangan ikhlas hari raya kepada 10 orang fakir miskin di Pasir Gudang.

Majlis di akhir dengan solat sunat tarawih.

No comments:

Post a Comment