Tuesday, September 30, 2008

MAJLIS PERPISAHAN PK.

Pasir Gudang 30 Nov 08.

Majlis dimulakan dgn ucapan Tuan Hj Muhammad Zafir bin Ahmad


ASSLAMU’ALAIKUM/SELAMATSEJATERA

Saya mula bertugas sebagai Pengurus Kawasan Pasir Gudang Mulai 28 Mac 2003 dan 29 Ogos 2008 merupa hari terakhir saya bertugas sebagai Pengurus Kawasan Pasir Gudang.

Saya akan bertukar ke pejabat Pengurus Besar Johor mulai 03 Sept 2008 sebagai Timbalan Ketua jurutera(Perlindungan dan Senggaraan).

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tinggi terima kaseh diatas kerja sama yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya disini.Saya berharap kerjasama ini diteruskan.kepada pengganti saya.

Saya sedar bahawa dalam tempoh lebih 5 tahun saya bertugas disini saya banyakbanyak kesilapan yang saya lakukan sama ada sengaja atau tidak.........justeru saya mohon maaf & halal makan/minum dan saya maaf segala kesalahan semua.

Sesungguhnya kejayaan yang dicapai olih kawasan Pasir Gudang saperti anugerah Kawasan terbaik 2007,Persijilan 5S,Markah SEMS> >90% adalah hasil kerjasama dan komitmen tinggi seluruh wargakerja kawasan Pasir Gudang.

Saya percaya dengan komitmen tinggi yang ditunjukan olih wargakerja kawasan Pasir Gudang akan menempah kejayaan-kejayaan dimasa hadapan.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-51 DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

SALAM SEJATERA

HJ MUHAMAD ZAFIR BIN AHMAD

Di akhir majlis En Aminnudin telah menyampaikan cenderahati dan jamuan rengkas telah diadakan.

Wargakerja TNB Pasir Gudang mengucapkan tahniah kepada beliau atas kenaikan pangkat dan bertugas di TNB negeri Johor.

Semoga maju jaya dalam tugasan baru.

Thursday, September 25, 2008

RUMAH KEBAJIKAN .

Johor Baharu,Kempas.25 Sept 08.

Kumpulan F9 telah mengadakan lawatan kerumah kebajikan kanak kanak istimewa di Kempas,Johor Baharu.



Rumah kebajikan ini mempunyai sermai 65 penghuni pelbagai kaum.Dan memerlukan sumbangan dari orang ramai bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian.

Diakhir lawatan Puan Shanti yang mewakili kumpulan F9 menyampaikan sumbangan ikhlas saperti minuman ringan,beras,gula dan lain lain.

Tuesday, September 23, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA .

Pasir Gudang,23 Sept 08.

Bertempat di balai Islam Tenaga Nasional Generation Pasir Gudang,bermula jam 5 petang TNB Pasir Gudang bahagian Pembahagian telah mengadakan Berbuka puasa bersama wargakerja TNB.
Majlis bermula dengan membaca ayat ayat suci Al Quran yang diketuai olih En Norizal Jutera Kanan Perancang TNB Pgd dan En Mustafa Ketua Kerani dari Keluang serta warga kerja TNB Pasir Gudang.

Turut hadir Dato'Ir Amir Nordin Abdul Aziz Pengurus Wilayah 1 Tenaga Nasional Berhad,Ir Aminuddin Mohd Amin Pengurus Besar TNB, Negeri Johor,serta Pengurus Kawasan dan Cawangan,Eksekutif2,Wargakerja TNB Dan Penduduk setempat.


Majlis berbuka puasa dihidangkan dengan Nasi Ambang.Selepas menunai solat fardhu Maghrib Dato'Ir Amiruddin diiringi YM Raja Jalil bin Raja Zaid menyampai sumbangan ikhlas hari raya kepada 10 orang fakir miskin di Pasir Gudang.

Majlis di akhir dengan solat sunat tarawih.

Monday, September 22, 2008

PENGURUS KAWASAN.

Pasir Gudang,22 Sept 08.

Tenaga Nasional Berhad Pasir Gudang telah menerima Pengurus Kawasan yang baru iaitu YM Raja Jalil bin Raja Zaid,yang melaporkan diri pada tarikh 3 Sept 08,mengantikan Tuan Hj Muhammad Zafir yang bertukar tugas di Pejabat TNB Johor.Sebelum ini beliau bertugas Pengurus Kawasan TNB Muar.

Pada perhimpunan pagi yang diadakan setiap hari isnin 22 Sept 08 diawal minggu berkerja,beliau berkesempatan berucap setelah hampir 3 minggu melaporkan diri kerana kesibukan tugas.

Dalam ucapan ringkas beliau menyeru kepada semua wargakerja TNB Pgd bertugas dalam keadaan seronok,ceria,berharmoni,bantu membantu,hormat menghormati dan senyum selalu.

Beliau memohon kepada wargakerja berkerja sama dengan beliau dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan TNB.Demi menjaga imej TNB.

Sempena hari raya yang menjelang beliau juga mengucapkan selamat hari raya ,mohon ampun maaf zahir dan batin serta menasihat supaya semasa pulang bercuti kekampung berhati memandu di jalan raya.

Friday, September 12, 2008

PERTUKARAN

Pasir Gudang,21 Sept 08.

1.Tuan Ibrahim Tuan Majid Eksekutif Bahagian Teknikal UPJ TNB Pasir Gudang Telah bertukar ke Pejabat Tenaga Nasional Kota Tinggi(cawangan).Tuan Hj Muhammad Zafir Ahmad Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang menyampaikan cenderahati.

2.En Hj Farhan telah bertukar Pejabat TNB Bangsar Kuala Lumpur,Selangor.Cenderahati di sampaikan oleh Miss Wong Kai Lan.

Tuesday, September 2, 2008

PERSARAAN.

Pasir Gudang,02 Sept 08.


En Zahari Atan besara awal(50 Tahun).Beliau mula bertugas pada tahun 1978 LLN/TNB di Johor Baharu di Bahagian Sesalur Atas Voltan Rendah (SAVR) pada tahun 1987 bertukar LLN/TNB Pasir Gudang.


En Osman Abdullah telah bersara wajib(56 Tahun)Beliau mula bertugas LLN/TNB BELB di Johor Baharu dan bertukar ke TNB Pasir Gudang

Tuan Ir Aminuddin Mohd Amin Pengurus Besar TNB Johor telah sudi menyampaikan cenderahati kepada En Zahari dan En Osman.