Tuesday, September 15, 2009

Sumbangan Hari Raya.






15 September 2009 – Bagi mendapat keberkatan Bulan Ramadhan Al-Mubarak TNB Pasir Gudang telah membuat sumbangan berbentuk barangan dapur dan juga duit hari raya kepada fakir miskin yang tidak berkemampuan di sekitar kawasan Pasir Gudang.  Sumbangan tersebut adaah  hasil daripada kutipan & sumbangan ikhlas daripada semua anggota kerja TNB Pasir Gudang.  Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Kawasan, Y.M Raja Abd. Jalil Bin Raja Zaid serta beberapa anggota kerja TNB Pasir Gudang.  Semoga amalan ini dapat diteruskan dan mendapat keredhaanNya.

Wednesday, September 9, 2009

Majlis Berbuka Puasa






7 September 2009 – TNB Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anggota kerja bertempat di Kedai Tenaga.  Majlis turut dihadiri oleh Dato’ Mohd Aminnuddin Mohd Amin, Pengurus Besar (Negeri Johor) serta ketua-ketua jabatan Negeri Johor dan kerajaan.  Majlis bermula dengan bacaan Tahlil dan Tazkirah oleh Tuan Imam Muhammad Azmi Ali dari Masjid An-Nur.  Majlis ini juga meraikan anak-anak yatim dari Rumah Darul Hanan Pasir Gudang yang menerima wang sumbagan ikhlas dari anggota kerja TNB Pasir Gudang.  Diharap amalan ini dapat diteruskan dan mendapat keberkatan dan keredhaanNya

Friday, September 4, 2009

UnBilled Zero

Tahniah!... terima kasih diatas kerjasama dari semua anggota kerja di bahagian Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran Kawasan Pasir Gudang.
( Kawalan Kredit , Unit Pembaca Jangka , Unit Teknikal Pemasang Jangka dan Perkhidmatan Kaunter. )

Akhirnya Stesen TNB Bah Pembahagian Pasir Gudang berjaya mencapai sifar unbilled untuk semua kategori.

Pengurus Kawasan YM Raja Abd Jalil Raja Zaid dan Pengurus (Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran) En Razman Abas , berharap usaha ini dapat diteruskan bagi
Tahun kewangan 2009/2010