Tuesday, March 13, 2012

Taklimat URM .


Taklimat URM telah diadakan di bilik mesyuarat yang disampaikan oleh Pn Efwalina dan dipengurusi oleh En Hj Aminuddin Abd Rahman Jurutera Kanan Pembinaan.(Pemangku Pengurus Kawasan).Taklimat ini di hadiri oleh Ketua Pentadbiran dan Pomen....Klik gambar disini.

Saturday, March 10, 2012

Perlawanan Piala FA Johor FC vs Selangor.

Link
Johor Fc memenangi perlawanan piala FA bertemu dengan Selangor di Stadium MPPG.Johor FC memenangi perlawanan ini dalam penentuan tendangan penalti 4-3......seterusnya.

Friday, March 9, 2012

Lawatan Perdana Menteri ke Pasir Gudang.


Tenaga Nasional secara langsung terlibat dengan lawatan Perdana Menteri ke Pasir Gudang.Antaranya TUNGGUSEDIA untuk bekalan letrik TNB terus berfungsi dengan baik sehingga selesai majlis.Syabas warga kerja TNB Pasir Gudang yang bertugas semasa Lawatan Perdana Menteri ke Pasir Gudang.Pasir Gudang Terbaik.....seterusnya

Lawatan Kerja Dato' Ir Azman Mohd ke TNB Nusa Jaya.


Lawatan Kerja ke TNB Nusa Jaya,Beliau melawat ke tapak Legoland,NewCastle Unirversiti,Stadium Nusa jaya dan Edu City......seterusnya

Wednesday, March 7, 2012

Perjumpaan Pengurus Kawasan dengan YDP MPPG


Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudand telah membuat kunjungan dengan YDP MPPG di Pejabat Beliau di Bangunan Aqaba.Ini adalah kunjungan kerja,turut serta Tn Syed fareed, En Bakar Abd Tahir dan Pn Efwalina......seterusnya

Kunjugan ke rumah Irwan Muhammad.


En Irwan telah dimasukan ke Hospital Pakar Mawar Pasir Gudang dan membuat pembedahan kecil sakit apendik.Semoga beliau cepat sembuh dan dapat bertugas saperti sediakala.Amin

Saturday, March 3, 2012

Majlis Maulidur Rasul


TNB Pasir Gudang telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul.Majlis ini julung kali diadakn oleh perkerja TNB Pasir Gudang.Majlis bermula dengan bacaan Al Quran dan Nasyid disampaikan oleh Pelitawanis Pasir Gudang.Turut hadir Pengurus Besar Negeri Johor Datuk Ir Hj Mohd Aminnudin bin Mohd Amin.Ceramah di sampaikan oleh Ustaz Ismail Mat Ali......seterusnya

Tazkirah Maulidur Rasul.


Sempena bulan Maulidur Rasul TNB telah mengadakan tazkirah.Ceramah telah di sampaikan oleh Ustaz Taufik....seterusnya

Tuesday, February 28, 2012

Tubuh Kelab Kilat.


Perbincangan untuk penubuhan Kelab Kilat Pasir Gudang Johor Jaya Pembahagian diadakan di bilik Stesen Janaletrik Sultan Iskandar dengan pihak Ganjaran dan Pentadbiran.....seterusnya

Penyerahan Teropong


Pembaca Jangka TNB Pasir Gudang telah mendapat 11 biji teropong baru,Majlis ini telah disampaikan oleh En Mohd Isran Che Mustafa Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang.....seterusnya

Saturday, February 25, 2012

Sukan Bulanan Febuari-Petandingan Ping Pong.


Sukan Bulanan Febuari 2012 bagi TNB Pasir Gudang iaitu pertandingan ping pong yang telah diadakan di ruang pejabat, TNB Pasir Gudang.Acara dimulakan dengan senaman rinhttp://www.blogger.com/img/blank.gifgan yang diketuai ole En Yunus Abdul Jalil.
Pasukan Merah,Oren,dan Ungu ditempatkan di Kumpulan A manakala Pasukan Biru,Hijau dan Kuning ditempatkan di Kumpulan B.Juara Keseluruhan adalah Pasukan Kuning.Tempat Kedua Pasukan Oren manakala Tempat Ketiga adalah Pasukan Hijau...Seterusnya

Sunday, February 19, 2012

10 Ribu langkah.


Wargakerja TNB Pasir Gudang telah menyertai kempen kesihatan 10 ribu langkah diadakan Tasek Merdeka Johor Bharu.TNB Pasir Gudang di ketua Eksekutif Pentadbiran Cik Mastura Masti.Program ini bermula jam 8 pagi dengan senaman ringan Senamrobik.....seterusnya

Saturday, February 18, 2012

Perasmian Festa Layang layang oleh TMJ.



Pesta layang layang antarabangsa Pasir Gudang di Bkt Layang Layang dirasmikan Yang Mulia Tengku Ismail(TMJ).....seterusnya

Perlawanan Piala FA Johor 0 vs T-Team 2


Perlawanan bolasepak antara Pasukan Johor bertemu T-Team Terangganu.TMJ turut hadir menonton perlawanan ini Johor tewas dengan jaringan gol 0-2 T-Team .....seterusnya

Thursday, February 16, 2012

Sukan Teknikal Peringkat Kaw Pasir Gudang 2012.


Sukan Teknikal, Peringkat kawasan Pasir Gudang 2012 telah diadakan buat julung kalinya di Kompleks Sukan Air & Udara, Bandar Penawar, Kota Tinggi dan telah dirasmikan oleh YB. hamimah Bt Mansor, ADUN Penawar.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar Negeri (Johor), Datuk Ir. Haji Mohd aminudin b. Mohd Amin, Jurutera kanan Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan - Y.M Raja Sarifudin Shah Raja Ahmad Indra dan En Zaharudin b Abd Samat- Pengurus Kanan(Perkhidmatan Pengurusan &Pembangunan Organisasi).Antara acara acara yang dipertandingan di Sukan Teknikal Kawasan Pasir Gudang adalah saperti menyiapkan "Pole Dressing Lengkap dgn Umbang, Kupasan kabel XLPE Sehingga 'Crimping'Pengalir dan Pemasangan Lengkap 1 Set lantern 150 Watt Dengan Photocell Kaedah Talian Hidup(Liveline).
Tahniah kepada Stesen Pasir Gudang kerana telah menjadi Juara keseluruhan Su Tek Kawasan Pasir Gudang 2012 diikuti dgn Stesen Johor Jaya di tempat Kedua dan Stesen Kota Tinggi di tempat Ketiga. Dengan ini, semoga Kontijen Kawasan Pasir Gudang dapat membuat persiapan dengan lebih teratur agar dapat mengekalkan Kejuaraan Sukan Teknikal 2012 Peringkat Negeri Johor.......Seterusnya

Thursday, February 9, 2012

Pengebumian Aruah Senin kamisan.


Perkerja TNB Johor Jaya meninggal dunia setelah mendapat rawatan selama lebih kurang 40 hari di hospital pakar di kuala Lumpur akibat kemalangan elektrik (Flashover).Beliau mendapat kelecuran 70%.Beliau di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahamodiah johor Baharu.Semoga beliau bersama dengan orang orang beriman.Amin.....seterusnya

Thursday, January 26, 2012

Majlis Perhimpunan Mega Negeri Johor.


Majlis Perhimpunan Mega dan hari Anugerah Kecermerlangan Negeri Johor telah diadakan di Dewan Cahaya Kempas, Johor Bahru. Majlis ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden ( Penbahagian )TNB, Datuk Ir. Baharin Din. Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa orang anggota kerja TNB Pasir Gudang yang terdiri daripada semua Eksekutif dan beberapa anggota kerja teknika dan bukan teknikal.
Pada majlis ini, pihak pengurusan Negeri Johor telah mengitiraf anggota kerja yang terbaik di Negeri Johor bagi Tahun Kewangan 2010/2012. TNB kawasan Pasir Gudang tidak ketinggalan dengan meraih beberapa anugerah yang boleh dibanggakan dan berharap pada masa-masa akan datang akan mendapat banyak lagi pengiktirafan di Peringkat Negeri Johor.
Anugerah Terbaik TNB Kawasan Pasir Gudang:
Orang Berkenenaran Terbaik - En Aminnordin Mohamad.
Pemandu Kenderaan Opersai Terbaik- Mohd Rafed Abdul Hamid
Perkerja Terbaik Bukan Eksekutif Bukan Teknikal - Pn Noor Ashikkin Yusof.
Anggota Kerja Prihatin: Cadangan Terbaik- Murad Othman (Johor Jaya).
Anggota Kerja Prihatin: Proaktif - Jamri Jamat
Stesen Sihat _ TNB Johor jaya.
Stesen Pengurusab\n Kenderaan Terbaik - TNB Pasir Gudang.
Kelab Kilat Terbaik-TNB Kota Tinggi.
Stesen SEMS Terbaik- Kawasan pasir Gudang.
Stesen Sukan Teknikal Terbaik- kawasan Pasir Gudang......seterusnya

Monday, January 23, 2012

Pertandingan Boling.


Sukan Bulanan yang pertama bagi TNB Pasir Gudang iaitu pertandingan boling telah diadakan di komplek Pusat Bandar Pasir Gudang diantara anggota kerja TNB Pasir Gudang. Semua anggota kerja TNB Pasir Gudang di pecahkan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan di ketuai oleh semua Ketua Unit di TNB Pasir Gudang.
Pasukan Merah diketuai oleh TN Syed Fareed Bin Syed Omar, Pasukan Biru diketuai oleh Hj. Aminuddin Abd Rahman, Pasukan Kuning di Ketuai oleh En Abu Bakar Mohd Tahir, Pasukan Hijau diketuai oleh Cik Haslina Tamsir, Pasukan Ungu diketuai oleh Pn Efwalina Adip manakala Pasukan Oren diketuai oleh Cik Mastura Masti. Pada perlawanan ini, Pasukan Oren telah menjadi juara dalam perlawanan boling...syabas diucapkan.......Seterusnya

Friday, January 20, 2012

Penyampaian limau kepada Pelanggan.


Penyampaian limau sempena Tahun Baru Cina kepada pelanggan TNB di sampaikan oleh Pengurus kawasan.....seterusnya