Monday, July 7, 2008

APA ITU 5S.

APA ITU 5S?

1.SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya

2.SEITON SUSUN

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

3.SEISO SAPU

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

4.SEIKETSU SERAGAM

Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

5.SHITSUKE SENTIASA AMAL


Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya


BAGAIMANA MELAKSANAKAN SISIH DI TEMPAT KERJA?

SISIH BAHAN TIDAK DIPERLUKAN.

• Bahan tidak diperlukan dan senang dibuang
• Bahan ada nilai untuk dijual
• Bahan tiada nilai tapi kos tinggi untuk dihapuskan


• Buang serta merta
• Cari jalan untuk mengurangkan kosdan jalan selamat untuk dihapuskan

SISIH BAHAN DIPERLUKAN

• Bahan tidak digunakantapi mesti di simpan
• Bahan kadangkaladigunakan
• Bahan digunakan selalu


• Letakkan berdekatan tempat penggunaannya
• Letakkan jauh sedikit
• Mesti disimpan berasingan dengan pengenalan yang jelas

1S

LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL UNTUK SEIRI

Gunakan Kad Notis Pembuangan

  • Pertama sekali, kenalpasti barang-barang yang kelihatan tidak diperlukan
  • Kemudian tampalkan Kad Notis Pembuangan (Disposal Notice Card) kepada setiap barang-barang tersebut dengan menerangka
1- apa barang tersebut
2- mengapa barang tersebut berada di situ
3- barang kepunyaan siapa atau berasal dari mana, dan
4- bila barang tersebut harus dihapuskan
  • Di penghujung masa yang ditetapkan (misalnya 1 atau 2 bulan selepas penampalan notis itu), kad tersebut diteliti semula untukmelihat samada sesiapa yang mempunyai keperluan untukmenyimpan barangan tersebut
Adalah disarankan agar pendekatan ini digunakan secara meluas di sesuatu jabatan itu dan melibatkan semua kakitangan di setiap peringkat

2S

SEITON SUSUN

Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil untuk digunakan
  • Tempat untuk semua
  • Semua di tempatnya

BAGAIMANA SUSUN DI TEMPAT KERJA ANDA?

SISIH >> SUSUN >> Bahan selalu diperlukan >>

• Bahan digunakan selalu
• Bahan kadangkala digunakan
• Bahan tidak digunakan tapi mesti di simpan

• Mesti disimpan di dalam setor dengan pengenalan yang jelas
• Boleh ditempatkan jauh sedikit

3S

SEISO SAPU

Membersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di lantai,
meja,mesin dan perkakas

4S

SEIKETSU SERAGAM

Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi
di setiap masa

5S

SHITSUKE SENTIASA AMAL

Melatih para pekerja mematuhi peraturanperaturan penjagaan kebersihan yang baik
dengan sendirinya

ULANGAN KEPADA PUSINGAN 5S
.
SUSUN >> SISIH >> SAPU >> SERAGAM >> SENTIASA >> AMAL >>

BAGAIMANA MENJAYAKAN 5S

Penglibatan Semua Kakitangan

  • Semua kakitangan di dalam pertubuhan mesti melibatkan di dalam program 5S
  • Semua kakitangan harus memahami 6 sebab munasabah program 5S harus diamal di tempat kerja iaitu
1. tempat kerja yang bersih mempunyai PRODUKTIVITI tinggi
2. tempat kerja yang bersih mempunyai MUTU tinggi
3. tempat kerja yang bersih mengurangkan kos
4. tempat kerja yang bersih memastikan PENGIRIMAN tepat pada masanya
5. tempat kerja yang bersih adalah tempat kerja yang SELAMAT
6. tempat kerja yang bersih mempunyai SEMANGAT PERANSANG yang tinggi

  • Program 5S akan lebih berkesan jika dijadikan salah satu aktivitidi dalam aktiviti-aktiviti kumpulan kecil seperti Kumpulan Mutu (QC)di bahagian-bahagian.
Penglibatan Pengurusan Atasan

  • Program tersebut harus diamalkan dalam masa bekerja sebagai program yang diberi kuasa rasmi, tetapi ia tidak harus dianggap sebagai tambahan dalam masa kerja yang lebih (overtime) ataudi luar masa bekerja
  • Setiap orang harus diberitahu secara rasmi pentingnya program tersebut.
  • Ketua Jabatan harus membuat pengumuman rasmi mengenai pelancaran program tersebut di mesyuarat berkongsi maklumat(information-sharing) yang dihadiri oleh kakitangan
Kepimpinan Ketua Pegawai Esksekutif

  • Ketua Pegawai Eksekutif sendiri haruslah menaruh minat yang banyak dan mempunyai komitmen dalam program tersebut
  • Beliau tidak seharusnya memberi tugas pemimpin kepada orang lain.
  • Beliau juga harus menunjukkan sifat kepimpinannya di dalam Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) 5S
Sokongan Semua Pihak

  • Keraguan seperti “mengapakah pengumuman pembuangan ditampalkan untuk Seiri?’, “Mengapakah 5S dianggap penting untuk pembaikan di bahagian-bahagian tertentu?” harus dilenyapkan.
  • Setiap ahli jawatankuasa harus sentiasa memberitahu semua pihak mengenai kemajuan pelaksanaan 5S di peringkat jabatan.
  • Setiap ahli jawatankuasa harus memberi galakan dan bimbingankepada orang ramai supaya dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pelaksanaan 5S.

BAGAIMANA MEMPERTAHANKAN PELAKSANAAN AMALAN 5S

Amalan Seranta & Publisiti

  • Sepanduk-sepanduk, cogan-cogan kata, poster-poster dan surat-surat yang diedarkan kepada anggota-anggota pertubuhan (newsletter) harus digunakan dengan sepenuhnya untuk menarik perhatian semua pihak kepada program tersebut.
  • Buku-buku panduan dan risalah-risalah yang menerangkan “Mengapa 5S’, “Apa itu 5S” dan “Bagaimana untuk melaksanakan 5S” harus dicetak dan disebarkan oleh semua pihak.
  • Seorang pakar dalam bidang tersebut harus membuat kajian semula mengenai pelaksanaan 5S dari masa kesemasa untuk mendapatkan pendapat/maklumbalas dan meningkatkan lagi keadaan semasa.
  • Latihan asas (in-house training) dan pengalaman dari jabatan-jabatan yang telah mengamalkan 5S dapat mencapai kemahiran yang diperlukan dan juga kefahaman terhadap cara-cara agensi lain melaksanakan 5S.
  • Mengambil bahagian di dalam “Peraduan 5S dapat memberi bahagian-bahagian berkenaan dorongan yang lebih tinggi demi meningkatkan lagi tahap pembaikan

Lawatan Audit dan Sistem Penghargaan

  • Setiap bulan, sekumpulan pekerja dari berbagai tanggungjawab pekerjaan dipilih dan ditugaskan melawat bahagian, menilai setiap unit berdasarkan ukuran penjagaan kebersihan tertentu
  • Keputusan kajian tersebut harus ditampalkan dan anugerah-anugerah diberikan kepada para pekerja yang telah menunjukkan perubahan perubahan penting. Ini akan memupuk sikap tanggungjawab yang lebih tinggi, meningkatkan kebanggaan terhadap tempat kerja danmenganggapnya sebagai keupayaan diri sendiri.

Penilaian oleh Ketua Pegawai Eksekutif

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) perlu:
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) harus melawati Bahagian-bahagian darimasa ke semasa dan membuat penghargaan kepada kekuatan dan membuat teguran kepada kelemahan pelaksanaan 5S di setiap unit tempat kerja.
  • Menasihat Jawatankuasa pemandu 5S untuk mengambil langkah di kawasan-kawasan yang masih boleh diperbaiki.
  • Memeriksa kemajuan pelaksanaan tersebut.
  • Memberi penghargaan kepada amalan-amalan yang lebih baik
Pelaksanaan Lain-lain Program Peningkatan Kualiti(Kaizen)

  • 5S terutama sekali di tahap Seiton memerlukan prinsip dan kemahiran Kaizen tertentu yang dapat dicapai melalui program latihan yang dianjurkan dengan baik.
  • Seiton memerlukan pendekatan menghuraikan masalah yang munasabah. Dalam ertika yang sedemikian, ia adalah tema yang baik untuk aktiviti-aktiviti Kumpulan Kawalan Mutu (QCC).
  • Seiton juga memerlukan idea-idea yang kreatif. Oleh itu ia mempunyai pertalian dengan Skim Saranan (Suggestion Scheme).
  • Pelaksanaan 5S yang berjaya, dengan sendirinya akan menghasilkan berbagai kesudahan yang ketara. Ia juga adalah langkah yang perlu diambil sebelum agensi melaksanakan teknologi pengurusan yang lebih maju seperti TQC, JIT dan TPM. Ini adalah kerana 5S akan membina sebuah asas yang kukuh untuk sebuah pertubuhan oleh orang yangn berdisiplin melalui Shitsuke Kriteria Penilaian Prestasi TahunanPelaksanaan 5S boleh dijadikan asas Ketua-ketua Jabatan memberi penilaian prestasi tahunan kakitangannya. Oleh kerana program 5S melibatkan semua kakitangan dan mendorong ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti maka perlaksanaan program 5S sebagai salah satu asas penilaian prestasi akan mendorong kakitangan melaksanakan bersungguh-sungguh program pengamalan kebersihan ini
HASIL YANG DIJANGKA DARI PROGRAM 5S

Pengurangan Kos
  • Mengurangkan inventori
  • Menghalang salah letak peralatan dan perkakas
  • Menghalang kebocoran minyak, tenaga, bahan mentah dan lain-lain
Kecekapan
  • Mengurangkan penggunaan kawasan/tempat
  • Penghapusan pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah
  • Mempermudahkan kawalan
Penyelenggaraan
  • Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan mesin, peralatan dankemudahan-kemudahan yang ada
  • Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan mesin dan peralatan
  • Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan barangan
Kualiti
  • Meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan atau perkhidmatan
Keselamatan
  • Menghapuskan keadaan yang merbhaya
  • Memperbaiki keadaan tempat kerja
  • Menghapuskan tempat kecedraan dan kemalangan
  • Mengurangkan kesilapan dan kecuaian
  • Mematuhi peraturan-peraturan

Motivasi
  • Perhubungan yang baik antara kakitangan
  • Membentuk disiplin yang baik
  • Membentuk semangat kerjasama dan kerja berkumpulan.

Tuesday, July 1, 2008

En KADENI LAPOR DIRI.

Pasir Gudang 01 Jul 08.

En Kadeni Jumaat Eksekutif Perjangkaan dan Servis telah melaporkan diri pada 01 Julai 2008,di pejabat Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang dan di tugaskan di Unit Teknikal Pepasangan Jangka Bahagian Perkhidmatan Pengguna.

Sebelum ini,beliau bertugas di pejabat Pengurus cawangan TNB Mersing dan TNB Negeri Johor.

Selamat bertugas.