Wednesday, November 26, 2008

GOTONG ROYONG.

Pasir Gudang.26,Nov 08.


Pasukan 5s Bahagian Perkhidmatan Pengguna TNB Pasir Gudang telah mengadakan gotong royong membersihkan stor di Yard,Kumpulan 5S dari bahagian Pentadbiran dan Perancangan juga terlibat.

Gotong royong ini di ko-ordinator olih En kadeni Jumaat Eksekutif Perjangkaan dan Servis,En Razman Abas Jurutera Perkhidmatan Pengguna juga hadir.

Pasukan 5s Bahagian Perkhidmatan Pengguna TNB Pasir Gudang telah mengadakan gotong royong membersihkan stor di Yard,Kumpulan 5S dari bahagian Pentadbiran dan Perancangan juga terlibat.
Gotong royong ini di ko-ordinator olih En kadeni Jumaat Eksekutif Perjangkaan dan Servis,En Razman Abas Jurutera Perkhidmatan Pengguna juga hadir.
Wargakerja yang terlibat menunjukan semangat berkerjasama sebagai satu pasukan membersihkan kawasan dalam dan luar stor.
Semoga semangat yang di tunjukan olih semua warga kerja yang terlibat mengekal semangat kerjasama itu.

Friday, November 14, 2008

DOA SELAMAT YM RAJA.

Pasir Gudang.14 Nov 08.




Dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran dan ceramah agama(Taskirah)serta bacaan
doa selamat untuk YM Raja Jalil yang akan berangkat ketanah suci Mekah pada 24 Nov 08,untuk menunaikan rukun islam yang ke 5.

Kami wargakerja TNB Pasir Gudang berdoa semoga YM Raja Jalil selamat pergi dan kembali dan permudahkan menunai fardu Haji.
Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan sarapan pagi.

Monday, November 10, 2008

DATO' IR AISYAH VP.

Muar 10 Nov 08


Tuan Haji Huzeirin,Pengurus Kawasan TNB Muar ,Dato'Ir Aminuddin Mohd Amin,Pengurus Besar TNB Johor dan warga kerja TNB Johor,

<br />menyambut ketibaan Dato'Ir Aisyah Dato'Abd Rauf Naib Presiden (Pembahagian)Tenaga Nasional Berhad di hadapan pejabat TNB Muar,Beliau disambut dengan pukulan kompang dari Batu Pahat serta persembahan silat salah seorang wargakerja TNB Muar.Dan bersalaman dengan semua wargakerja TNB Negeri Johor.

Majlis bermula dengan bacaan doa selamat.Beliau juga dipersembahkan dengan deklimasi sajak,gurindam dan tayangan video clip wajah wajah Dato' IR Aisyah.Ucapan dari PK TNB Muar dan juga Pengurus Besar TNB Johor


Beliau juga telah merasmikan Dataran yang diberi nama DATARAN DATO'Ir AISYAH,di bangunan TNB Muar.






Dato'Ir Aisyah juga memotong kek Hari kelahiran yang jatuh pada 13 Nov.



Para tetamu telah dihidangkan makanan yang popular di Muar iaitu Mee Bandung Muar.Semasa menjamu selara para tetamu dihiburkan nasyid dari anak anak(Tadika) wargakerja Muar,Kumpulan nasyid dari TNB Kluang dan juga Kumpulan Al Iklas di angotai olih perkerja TNB Muar.

Saturday, November 8, 2008

SHANTI CERMERLANG.

SHANTI CERMERLANG.

PASIR GUDANG,
08 NOV 2009.


Bergambar bersama PK dan rakan rakan di bahagian Kawalan Kredit

Warga kerja TNB khususnya di Bahagian Pembahagian seharusnya mencontohi sikap dan cara berkerja Shantha Kumaree a/p Narayanan,kerani Kawalan Kredit di TNB Pasir Gudang,Johor,Beliau lebih mesra dengan panggilan Shanti di kalangan pengurusan tempatan,rakan-rakan sepajabat malahan pelanggan-pelanggan TNB yang mengenalinya.
Baru baru ini beliau telah memnerima surat penghargaan daripada beberapa orang pelanggan yang begitu berpuashati daengan perkhidmatan cermerlang yang diberikan terutama sekali dalam usaha mengambalikan semula wang cagaran pengguna.Menurut Shanti,lazimnya pelanggan yang menutup akaun TNB tidak memajukan dokumen yang lengkap saperti tiada nombor telefon ,salinan kad pengenalan atau resit wang cagaran.

Justeru,atas rasa tanggungjawap dan amanah yang dipikul,beliau akan berusaha sedaya upaya untuk mengesan dan menghubungi semula pelanggan2 tersebut dengan pelbagai cara antaranya menyemak nombaor my kad dalam sistem e-CIBS.

Sekiranya tiada,beliau menghubungi operator TM 103 atau mengesan malalui alamat pemaju atau jiran yang tinggal bersebelahan rumah pelanggan.
Beliau juaga menampal senarainama nama pelanggan yang belum menuntut wangcagaran di papan notis supaya maklumat sampai kepada pelanggan semasa membayar bil di kaunter TNB."Bagi saya, selepas penutupanakaun pelanggan,apa jua lebihan wang cagaran yang disimpan olih TNB mestilah dikembalikan semula kepada pemiliknya" kata Shanti semasa ditemubual melalui tel baru ini.
Menurut beliau lagi,kita perlu melayan seseorang pelanggan sebagaimana kita mahu dilayan.Kita harusanggap diri kita juga adalah pelanggan dan perlu menjiwai perasaan mereka.Sekiranya kita berada di tempat mereka,tentu kita mahukan layanan yang terbaik.

Menerima sijil penghargaan dari En Ir Aminnudin Muhammad Amin Pengurus besar TNB Johor.


Tambahn pula,TNB Pasir Gudang menempatkan saya bertugas di Bahagian Perkhidmatan Pengguna yang begitu mencabar,walaupun berhadapan dengan pelbagai ragam mereka,namun saya tetap bersabar dan merasa gembira dan berpuas hati apabila cepat dan sempurna.
Penghargaan ini juga seharusnya bersama-sama rakan sekerja yang lain kerana tanpa kerjasama mereka,apa juga usaha merealisasikan harapan pelanggan akan menjadi sukar.Justeru,semangat 'Teamwork'menjadi sandaran kami disemua bahagian di TNB Pasir Gudang ini,ujarnya lagi.