Tuesday, November 6, 2007

AIDILFITRI 07 TNB JOHOR.

Pasir Gudang,06 Nov 07.

Dianggarkan 3000 tetamu dan wargakerja TNB Johor menghadiri memeriahkan hari rumah terbuka hari raya TNB Johor.TNB Pasir Gudang telah dipilih menjadi Tuan rumah bagi tahun 2007.


Majlis yang diadakan ruang tempat letak kereta dihadapan Pejabat TNB Pasir Gudang bermula Jam 12.00 dan berakhir jam 14.00.

Turut hadir En Razali Awang Pegawai ICT Kuala Lumpur,Tuan Hj Mokhtar Pengurus Besar TNB Johor dan Pengurus Kawasan,Eksekutif TNB,Warga kerja TNB negeri Johor dan
jemputan Pengguna Kuasa Besar Negeri Johor(LPC)

Tetamu juga dihidangkan pelbagai juadah hari raya saperti lemang,ketupat,rendang dan nasi beriani.Majlis juga telah mengadakan pertandingan gerai terbaik TNB Pasir Gudang.

Kumpulan Pentadbiran 4 telah diistihiarkan kumpulan terbaik.

Diakhir majlis Tuan Hj Muhammad Zafir Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang mengiringi Tuan Razali Awang Pengurus ICT telah menyampaikan sedikit wang hari raya kepada anak anak yatim wargakerja TNB Johor.

Thursday, May 10, 2007

MEMBINA BLOG(Blogspot)

Pasir Gudang.10 May 2007.

MEMBINA BLOG


Jika anda seorang yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging, di sini secara ringkas bagaimana untuk membina sebuah blog.Banyak lagi blog blog yang lain ia itu Wordprees,Facebook,Myspace dan lain lain lagi. Tapi disini kita menggunakan perkhidmatan blogger.com.KerAna Blogger ini paling popular dan mudah.

Langkah Pertama: Pergi ke laman Blogger. Klik butang 'create your blog now'.Klik disini ke laman Blogspot.


Langkah Kedua: Lengkapkan maklumat diri;


A. alamat email
B. kata laluan
C. nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap pos.. posted by xxxxxx (namapaparan)
D. word verification - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera. Contoh di sini: Boyla
E. Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan


Setelah selesai, klik 'continue'

Langkah Ketiga:


A. Isikan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Panduan Membina Blog merupakan tajuk blog ini.
B. Blog Address: tentukan alamat blog anda, selepas memilih alamat yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda telah berpunya atau belum. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih alamat yang lain.
C. Setelah selesai, klik butang 'continue'

Langkah seterusnya anda hendaklah memilih template / rekaan blog yang disediakan, kemudiannya klik 'continue'


Maka dengan ini, anda telah berjaya mengikuti langkah-langkah membina blog dan juga berjaya membina blog anda sendiri.

Thursday, April 26, 2007

KELEBEHAN GUNA BLOG.

Pasir Gudang.26 Apr 2007

KELEBEHAN GUNA BLOG.


Tahukah anda apakah kelebihan menggunakan blog berbanding laman web yang biasa?

1.Enjin Carian - Penggunaan blog lebih menarik minat enjin carian @ enjin gelintar @ search engine untuk mencari kandungan yang kemaskini.

2. Isi kandungan - Kandungan dalam sesuatu blog lebih cepat disebarkan berbanding laman web tradisional. Contohnya jika anda melanggan perkhidmatan daripada bloglines atau feedblitz, kandungan blog anda akan dikemaskini dengan segera dalam laman-laman tersebut.

3. Pengetahuan pengaturcaraan web yang sedikit - Anda tidak perlu menjadi pakar bahasa pengaturcaraan web seperti html, php, atau asp untuk membangunkan blog anda sendiri. Anda boleh menggunakan laman blog percuma atau membina blog anda sendiri menggunakan perisian blog dari sumber terbuka.

4. Maklumbalas daripada pembaca - dengan adanya kemudahan "comment", anda boleh mendapat maklumbalas daripada pembaca mengenai sesuatu topik yang diperkatakan.

5. Anda juga boleh mengunjungi laman seperti www.bloggingsteps.com untuk mengikuti kaedah mudah membina blog anda sendiri.

KENAPA PILIH BLOG.

Pasir Gudang.26 Apr 2007.

KENAPA PILIH BLOG.


Pada masa sekarang, blog menjadi satu trend kepada komuniti internet. Kenapa blog? Kenapa tidak membina laman web menggunakan FrontPage(c) atau Dreamweaver(c)? Jawapannya mudah sahaja, blog adalah satu perkhidmatan yang tersedia (ready to make). Seseorang tidak perlu menguasai kemahiran mengarang web menggunakan bahasa html, php, asp dan sebagainya. Seorang yang baru berjinak dengan komputer pun boleh membina blog dengan hanya tiga langkah utama jika menggunakan perkhidmatan blogger.com. Satu lagi sebab ialah, ianya percuma tanpa diganggu oleh popup atau iklan-iklan oleh pihak "hosting" percuma.

Selain daripada itu, kandungan blog mudah dikemaskini tanpa memerlukan anda menyediakan fail web anda terlebih dahulu di dalam komputer peribadi sebagaimana web dalam format html. Ianya mudah dikemaskini dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet, di mana sahaja sepanjang masa.

APA ITU BLOG?

Pasir Gudang,26 Apr 2007


APA ITU BLOG?

Ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Apa itu blog? Perkataan 'blog' sering keluar dari mulut pemimpin negara kita sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana ada pihak yang menyalahgunakan blog untuk tujuan tersendiri. Oleh kerana ada blog yang percuma dan mudah untuk didaftarkan, seseorang boleh mencipta pelbagai blog dalam masa yang singkat.

Berbalik kepada persoalan 'apa itu blog?', blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin anda biasa dengar dua perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.

Dengan blog, anda boleh menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam maya, dengan cara ini anda juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.