Tuesday, February 24, 2009

LAWATAN TNB MUAR.

Kumpulan kumpulan 5S TNB Pembahagian Pasir Gudang telah mengadakan lawatan ke TNB Muar dan disambut olih Pengurus Kawasan TNB Muar.


Seorang ahli menwakili setiap kumpulan masing2 yang juga mewakili Stesen TNB Kota Tinggi,TNB Johor Jaya dan TNB Pasir Gudang.Kumpulan 5s ini diketuai olih Cik Mastura Masti Eksekutif Pentadbiran TNB Pembahagian Pasir Gudang

lawatan ini adalah untuk melihat lebih dekat susun atur mengikut cara 5S yang terbaik dan menimpa pengalaman.

Friday, February 20, 2009

BOLASEPAK PERSAHABATAN.

PASIR GUDANG,
20 Feb 2009.

BOLASEPAK PERSAHABATAN

Perlawanan persahabatan bolasepak di antara TNB Pembahagian Pasir Gudang dan Benteng Utama Pasir Gudang diadakan pada 20 Feb 2009.di padang Kelab Kilat.



Perlawanan ini telah dimenangi olih TNB Pembahagian Pasir Gudang dengan jaringan gol 1-0.

Saturday, February 14, 2009

GOTONG ROYONG.

PASIR GUDANG,
14 Feb 2009.

GOTONG ROYONG.

Kumpulan 5S Pentadbiran,kawalan Kredit(force 9)Unit Teknikal UPJ(Smart Seal) dan Pembaca Jangka(Smart Tag dan Reflector)telah bergabung tenaga membersih dan mengecat ruang Perkhidmatan Kaunter,Kaunter Pembayaran,Tandas dan juga membuat pendawaian Penambahan lampu diruang kaunter.

Puan Norzelah Mohamed mengetuai pembersihan dan mengecat di bilik tandas(Lelaki dan Wanita) dan En Aminuddin Abd Ghani mengetuai di ruang kaunter (Pendawaian dan mengecat).

Semangat gotong royong yang ditunjukan oleh semua angota yang terlibat amat membanggakan,semangat begini patut dikekalkan.

Wednesday, February 11, 2009

DERMA IKHLAS

PASIR GUDANG.
11 Feb 2009.

DERMA IKHLAS DARIPADA WARGAKERJA TNB PASIR GUDANG, JOHOR.

Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa adik Muhammad Najib,anak kepada En Mohd Nor bin Abdul Rahman Krishnan, yang mengalami penyakit LEUKEMIA telah selamat menjalani pembedahan.

Oleh kerana kesempitan hidup,keluarga En Mohd Nor tidak dapat menjelaskan baki tertunggak sebanyak RM4,000.00 kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya yang akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya beliau gagal menjelaskan baki yang tertunggak itu.

Justeru itu, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga beliau,warga kerja TNB Pasir Gudang telah membuat Derma Ikhlas sebanyak RM422.00 yang telah diserahkan oleh Jurutera Kanan Pembinaan En Aminnudin Abd Rahman.

Tuesday, February 10, 2009

TAKLIMAT DAN PRAKTIKAL IPC

PASIR GUDANG.
10 FEB 2009.

TAKLIMAT DAN PRAKTIKAL PENGGUNAAN PEMEGANG IPC

Satu sesi taklimat dan praktikal penggunaan pemegang IPC (Insulated Piercing Connector) telah diadakan di Pejabat Teknikal Bahagian Pembahagian TNB Pasir Gudang. Seramai 50 peserta telah menyertai sesi tersebut dan terdiri dari 35 orang pekerja dari 10 syarikat kontraktor dan selebihnya warga TNB Pasir Gudang, Johor Jaya dan Kota Tinggi.

Sesi tersebut telah dikendalikan oleh En Norizal Abu Bakar Jurutera Kanan (Kendalian & Senggaraan) dan En Sharizal Safie Jurutera Kendalian dan Senggaraan. Yang Mulia Tn Hj Raja Abdul Jalil bin Raja Zaid, Pengurus Kawasan Pasir Gudang, telah sudi merasmikan dan memberikan ucaptama pada sesi tersebut.

Penerangan dimulakan dengan pekeliling yang berkaitan IPC dan seterusnya diikuti dengan sesi praktikal. Semasa sesi taklimat semua kontraktor juga dimaklumkan keperluan setiap pekerja mereka mempunyai sijil dan/atau kad NIOSH TNB Safety Pasport (NTSP). Sesi berakhir pada jam 12:30 tengah hari.

Ihsan dari En Norizal Abu Bakar
Jurutera Kanan(Kendalian dan Senggaraan)
TNB Pembahagian,Pasir Gudang.

Monday, February 2, 2009

PERTUKARAN DAN LAPOR DIRI.

PASIR GUDANG.
02 FEB 2009.

PERTUKARAN DAN LAPOR DIRI.

1.En Mohd Rizal Pengurus Perancangan TNB Pasir Gudang telah bertukar ke Pejabat TNB Kota Tinggi pada 2 Feb 09 dan beliau berkhidmat di Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang Hampir 1 Tahun.Beliau di tugaskan sebagai Pengurus Cawangan TNB Kota Tinggi.

2.YM Raja Sarifuddin Shah bin Raja Ahmad Indra Pengurus Cawangan Kota Tinggi telah bertukar ke TNB Kulai Jaya,sebagai Penolong Pengurus Perkhidmatan Pengguna.
Sebelum ini beliau bertugas di Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang sebagai Jurutera Kendalian dan Senggaraan.


3.En Rahim Talib Pembantu Kejuteraan Pembinaan,
TNB Pasir Gudang bertukar ke TNB Kulai Jaya pada 02 Feb 2009.
Beliau telah berkhidmat di Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang pada tahun 2006 hingga 01 Feb 2009.
Beliau di tugaskan bahagian Kendalian dan Senggaraan,TNB Kulai Jaya,Johor.

LAPOR DIRI.

1.Puan Siti Nurhaizi Badron melapor diri pada 02 Feb 09
di Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang di Bahagian Perkhidmatan Pengguna sebagai Pegawai Hal Ehwal Komersil(HEK).
Sebelum ini Beliau bertugas di Unit Keawangan (PBJ)TNB Negeri Johor.


2.En Mohd Aidil Pembantu Kejuteraan Kendalian dan Senggaraan dari TNB Johor Jaya(Cawangan)

telah melapor diri pada 02 Feb 09 di Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang dan beliau di tugaskan bahagian Pembinaan sebagai Pembantu Kejuteraan Pembinaan.