Saturday, October 25, 2008

HARI KELAHIRAN.

Pasir Gudang,25 Oct 08.

Penyampaian cenderahati hari kelahiran Kumpulan FORCE 9 TNB Pasir Gudang(Kawalan Kredit)

1.En Zulkepli Ahmad.

2.Pn Shanta Kumaree.

3.Pn Asmah Sibin.

4.En Azman Mustapa.

5.En Mohammad Nasir Abd Ghani.

6.Pn Nora Adeeb Abdul Razak.

Semoga sehat,panjang umur,murah rezeki diucapkan,SELAMAT HARI LAHIR ALLAH SELAMAT KAN KAMU....

Thursday, October 23, 2008

CAHAYA MATA.

Pasir Gudang,22 Oct 08.

Penyampaian cenderahati kepada warga kerja TNB Pasir Gudang mendapat cahaya mata.


1.En Irwan Yusuf(Bahagian Pentadbiran)
Cenderahati di sampaikan oleh Miss Wong Kai Lan.


2.En Malek Mohammad(Kawalan Kredit.



3.En Yusri(Pembaca Jangka)
Cenderahati disampaikan oleh En Razman Abbas.

Wednesday, October 22, 2008

AIDILFITRI 08 TNB PGD.

Pasir Gudang 21 Oct 2008.

Lebih kurang 2000 tetamu termasuk kakitangan TNB Pasir Gudang telah hadir Ke Majlis rumah terbuka hari raya anjuran TNB Pasir Gudang.

Majlis telah diadakan di perkarangan letak kereta dihadapan pejabat TNB Pasir Gudang,bermula jam 12 Tengahari dan berakhir jam 14.00 Petang.


Para tetamu bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya,malah mereka juga dihibur dengan persembahan lawak jenaka dari kumpulan KETOK KETAMBI yang didatang khas dari Keluang.(Program realiti Raja Lawak ASTRO).

Turut hadir kemajlis rumah terbuka hari raya Dato' Amir Nordin Abd Aziz,Pengurus Operasi Wilayah 1,IR Aminuddin Mohd Amin,Pengurus Besar TNB Johor dan para jemputan Pengguna Kuasa Besar(LPC).


Selain jamuan makan,Dato Amir Nordin diiringi YM Raja Jalil bin YM Raja Zaid menyampaikan cenderahati hari raya kepada 10 orang orang tua di kawasan Pasir Gudang.

Diakhir majlis Dato.Amir Nordin meluangkan masa bergambar kenangan bersama kakitangan TNB Pasir Gudang.

Saturday, October 18, 2008

AIDILFITRI 08,TNB JOHOR..

Johor Bahru,Kempas
17 Oct 2008.

Lebih 5,000 tetamu termasuk kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hadir bagi memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran syarikat ultiliti itu diKempas,malam semalam.


Majlis yang diadakan di Dewan Kompleks Peumahan TNB,kempas itu bermula 8 malam dan berakhir 11 malam.


Para tetamu bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya saperti ketupat dan rendang ,malah mereka turut dihiburkan dendangan lagu lagu raya.

Turut berangkat ke majlis berkenaan Tuanku Mahkota Johor,Tuanku Ibrahim Ismil.

Selain jamuan makan malam,Tuanku Ibrahim yang diiringi Pengurus Besar TNB Johor,IR Mohd Aminuddin menyampaikan sumbangan duit raya kepada lebih 20 orang anak yatim.

Friday, October 17, 2008

SITI HAJAR LAPOR DIRI.

Pasir Gudang.17 Oct 08.

Siti Hajar binti Hassan,
Juruteknik Tkt Kanan melapor diri bahagian Perkhidmatan Pengguna dan Pemasaran di TNB Pasir Gudang.
Beliau ditempatkan bahagian Unit Teknikal Pemasangan Jangka sebagai Pomen.

Sebelum ini beliau bertugas di Pengurusan Panggilan Pusat(CMC) di Johor Bahru.

Selamat bertugas,semoga maju jaya.

Wednesday, October 8, 2008

AZMI KENAIKAN PANGKAT.

Pasir Gudang.06 Oct 08.

KENAIKAN PANGKAT.


En Azmi Zainuddin dari Bahagian Pembaca Jangka di Perkhidmatan Pengguna telah dinaikan pangkat ke
MRE (Khas untuk Peyandang).Kenaikan pangkat beliau berkuat kuasa 1 Jan 2008.

Pada tahun 1983 Beliau mula bertugas LLN/TNB di Stesen janaletrik Sultan Iskandar
Pasir Gudang.

Pada tahun 1990 bertukar dan bertugas di TNB Pembahagian Pasir Gudang sebagai Pembaca Jangka.

Wargakerja TNB Pasir Gudang mengucapkan tahniah kepada beliau atas kenaikan pangkat ini.

SELAMAT MAJU JAYA.