Saturday, January 31, 2009

KELAB KILAT BOWLING.

PASIR GUDANG,
31 Jan 2009.

KELAB KILAT BOWLING.

Kelab Kilat TNB Pasir Gudang(Generation)telah mengadakan kejohanan Bowling antara ahli, yang telah berlangsung di Arena Bowling Pasir Gudang.

Kejohanan Bermula jam 10 pagi.Pertandingan kejohanan ini adalah acara peseorangan dengan 4 permainan(games).Lebih kurang 60 pemain telah menyertainya.
Kejohanan bowling Kelab Kilat TNB Pasir Gudang berakhir jam 1400 petang.



KEPUTUSAN:

PERSORANGAN LELAKI.

Juara: En Karim Omar (TNB Pembahagian Pasir Gudang)

Naib Juara:
En Aminnuddin Abd Ghani(TNB Pembahagian Pasir Gudang).

Ketiga:En Azman Mustapha(TNB Pembahagian Pasir Gudang)

PERSORANGAN WANITA.

Juara:Puan Suzana Mohd Nor(TNB Pembahagian Pasir Gudang).

Naib Juara:Puan Hjh Kamisah Bakri(TNB Pembahagian Pasir Gudang).

Ketiga:Puan Salbiatul Khairiah(TNB Pembahagian Pasir Gudang).

Saturday, January 24, 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA.

PASIR GUDANG
24 JAN 2009

GONG XI FA CAI!

Wargakerja TNB Pasir Gudang mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia(kaum Cina), khususnya kepada warga kerja TNB berketurunan Cina.

Semoga kedatangan Tahun Lembu ini akan menguatkan lagi azam semua pihak untuk berusaha ke arah mengeratkan hubungan antara kaum di negara dan syarikat yang kita cintai ini.

Monday, January 19, 2009

PENGAUDITAN IT

PASIR GUDANG.
19 JAN 2009

PENGAUDITAN IT

Stesen Pasir Gudang Bahagian Pembahagian TNB telah dikunjungi oleh audit Bahagian UNISTEM untuk mengaudit Peralatan Inventori IT dan Automasi.

Pengauditan ini telah dijalankan di semua kawasan Pasir Gudang yang merangkumi Pasir Gudang, Johor Jaya dan juga Kota Tinggi. Pengauditan ini telah bermula pada 19.01.2009 dan dijangka tamat pada 22.01.2009 di Kota Tinggi, Johor.

Objektif pengauditan ini adalah untuk mengumpul semua data peralatan IT
dan automasi,memastikan semua sofware tanpa lesen dan permainan tidak
dipasang,membuat pemeriksaan pendawaian LAN dan HUB/SWITCH/WIFI mengikuti spesikasi ICT serta membuat laporan audit dalaman kepada pihak pengurusan.

Ihsan dari En Kumaravellu.
Pentadbiran Sistem Kanan
TNB Pembahagian Pasir Gudang.

Saturday, January 17, 2009

KEJOHANAN BOWLING.

PASIR GUDANG.
17 Jan 09.

KEJOHANAN BOWLING.

20 pasukan (Trio sepasukan)telah menyertai pertandingan bowling antara kumpulan 5S TNB Pasir Gudang yang berlangsung di arena Bowling Pasir Gudang dan bermula jam 10.30 pagi.

Acara bermula dengan ucapan ringkas oleh En Norizal Abu Bakar,Jurutera (Kendalian dan Senggaraan) kanan dan seterus beliau merasmikan pertandingan.

Pertandingan ini berlangsung dengan tiga permainan(Games) dan berakhir jam 12.30 tengahari.



KEPUTUSAN PERTANDINGAN

1.Juara: :Kumpulan Smart Tag(Pembaca Jangka)
En Yusri Abd Wahab,En Abdul Syukur Abd Wahab dan En Ridwan Saufian.

2.Naib Juara: Kumpulan Smart Tag(Pembaca Jangka)
En Mohd Yusuf Abd Wahab,En Kamaldin Mohamad dan En Kharizal Mohd Zin.
3.Ketiga: Kumpulan Force 9(Kawalan Kredit)
En Azman Mustapha,Puan Asmah Sibin dan Puan Hjh Siti Haliza Sulan.

Kejatuhan pin paling tinggi.

Pemain Lelaki:
En Yusri Kumpulan Smart tag(Pembaca Jangka)
Pemain Wanita:
Puan Salbiatul Khairiah Kumpulan T-Track (Unit Perancang)

Hadiah telah disampaikan Oleh En Norizal Abu Bakar dan rasmi penutupan pertandingan.

Gambar kejohanan Bowling.KLIK DISINI

Tuesday, January 13, 2009

BAITI JANNATI TNB.

JOHOR BAHARU,
13 JAN 09.

BAITI JANNATI TNB.

Sebuah keluarga 14 anak yang sebelum ini mendiami sebuah pondok di Kampung Tawakal,Tebrau disini,sejak lebih lapan tahun lalu,bakal menikmati rumah baru yang lebih selesa tidak lama lagi melalui bantuan program Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad(TNB).


Hasil sumbangan program kemasyrakatan syarikat koprat itu,keluarga RosliKemin, 50,menerima peruntukan awal sebanyak RM15,000 untuk membina rumah baru di atas tanah miliknya dan pembinaan dijangka siap menjelang penghujung bulan depan.

Pengurus Besar TNB Johor Datuk Mohd Aminnudin Mohd Amin,berkata keluarga Rosli antara 20 keluarga yang menerima sumbangan melalui program Baiti Jannati yang dijalankan TNB seluruh negara.

Beliau berkata,biasa keluarga dikenal pasti akan dibantu untuk membaik pulih rumah sedia ada,namun bagi kes keluarga Rosli pihaknya bersetuju membina sebuah rumah baru yang lebih selesa dengan peruntukan disediakan.

Mohd Aminnudin berkata demikian ketika majlis perasmi program itu ditapak baru rumah Rosli di kampung berkenaan,Sabtu lalu.Majlis disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Puteri Wangsa.Datuk Abdul Halim Sulaiman.

Petikan dari Harian Metro 13 Jan 09.

Wednesday, January 7, 2009

MENINGGAL DUNIA.

PASIR GUDANG,
08 JAN 2009.

MENINGGAL DUNIA

En.Norddin bin Ahmad (10080650), Pemandu Tingkatan Biasa (Gred TD03) dari Unit
Perkhidmatan Kejuruteraan (Lampu Awam) Pejabat Pengurus Cawangan (Johor Jaya) Bahagian Pembahagian TNB telah kembali

ke Rahmatullah petang 7 Januari 2009 kerana mati lemas. Semasa kejadian beliau sedang bercuti rehat.

Jenazah telah selamat dikebumikan tanah perkuburan islam Parit Selangor,Pontian,Johor lebih kurang jam 10.00 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

Kami wargakerja TNB Pasir Gudang mengucap takziah kepada isteri dan keluarga beliau.

Tuesday, January 6, 2009

PENYAMPAIAN CENDERAHATI.

PASIR GUDANG,
06 JAN 2009

PENYAMPAIAN CENDERAHATI(PERTUKARAN)

Penyampaian cenderahati kepada Puan Nora Adeeb yang disumbangankan oleh Bahagian Perkhidmatan Pengguna.

MENIMANG CAHAYA MATA






En Yaziz Hashim Juruteknik Bahagian Teknikal(Unit Pemangsang Jangka)telah mendapat cahaya mata PUTERI pada 06 Disember 2008.

Cenderahati di sampaikan oleh Cik Nur Izyan Zuhaira.(Eksekutif Perkhidmatan Kaunter).