Thursday, February 16, 2012

Sukan Teknikal Peringkat Kaw Pasir Gudang 2012.


Sukan Teknikal, Peringkat kawasan Pasir Gudang 2012 telah diadakan buat julung kalinya di Kompleks Sukan Air & Udara, Bandar Penawar, Kota Tinggi dan telah dirasmikan oleh YB. hamimah Bt Mansor, ADUN Penawar.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar Negeri (Johor), Datuk Ir. Haji Mohd aminudin b. Mohd Amin, Jurutera kanan Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan - Y.M Raja Sarifudin Shah Raja Ahmad Indra dan En Zaharudin b Abd Samat- Pengurus Kanan(Perkhidmatan Pengurusan &Pembangunan Organisasi).Antara acara acara yang dipertandingan di Sukan Teknikal Kawasan Pasir Gudang adalah saperti menyiapkan "Pole Dressing Lengkap dgn Umbang, Kupasan kabel XLPE Sehingga 'Crimping'Pengalir dan Pemasangan Lengkap 1 Set lantern 150 Watt Dengan Photocell Kaedah Talian Hidup(Liveline).
Tahniah kepada Stesen Pasir Gudang kerana telah menjadi Juara keseluruhan Su Tek Kawasan Pasir Gudang 2012 diikuti dgn Stesen Johor Jaya di tempat Kedua dan Stesen Kota Tinggi di tempat Ketiga. Dengan ini, semoga Kontijen Kawasan Pasir Gudang dapat membuat persiapan dengan lebih teratur agar dapat mengekalkan Kejuaraan Sukan Teknikal 2012 Peringkat Negeri Johor.......Seterusnya

No comments:

Post a Comment