Tuesday, February 10, 2009

TAKLIMAT DAN PRAKTIKAL IPC

PASIR GUDANG.
10 FEB 2009.

TAKLIMAT DAN PRAKTIKAL PENGGUNAAN PEMEGANG IPC

Satu sesi taklimat dan praktikal penggunaan pemegang IPC (Insulated Piercing Connector) telah diadakan di Pejabat Teknikal Bahagian Pembahagian TNB Pasir Gudang. Seramai 50 peserta telah menyertai sesi tersebut dan terdiri dari 35 orang pekerja dari 10 syarikat kontraktor dan selebihnya warga TNB Pasir Gudang, Johor Jaya dan Kota Tinggi.

Sesi tersebut telah dikendalikan oleh En Norizal Abu Bakar Jurutera Kanan (Kendalian & Senggaraan) dan En Sharizal Safie Jurutera Kendalian dan Senggaraan. Yang Mulia Tn Hj Raja Abdul Jalil bin Raja Zaid, Pengurus Kawasan Pasir Gudang, telah sudi merasmikan dan memberikan ucaptama pada sesi tersebut.

Penerangan dimulakan dengan pekeliling yang berkaitan IPC dan seterusnya diikuti dengan sesi praktikal. Semasa sesi taklimat semua kontraktor juga dimaklumkan keperluan setiap pekerja mereka mempunyai sijil dan/atau kad NIOSH TNB Safety Pasport (NTSP). Sesi berakhir pada jam 12:30 tengah hari.

Ihsan dari En Norizal Abu Bakar
Jurutera Kanan(Kendalian dan Senggaraan)
TNB Pembahagian,Pasir Gudang.

No comments:

Post a Comment