Tuesday, January 13, 2009

BAITI JANNATI TNB.

JOHOR BAHARU,
13 JAN 09.

BAITI JANNATI TNB.

Sebuah keluarga 14 anak yang sebelum ini mendiami sebuah pondok di Kampung Tawakal,Tebrau disini,sejak lebih lapan tahun lalu,bakal menikmati rumah baru yang lebih selesa tidak lama lagi melalui bantuan program Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad(TNB).


Hasil sumbangan program kemasyrakatan syarikat koprat itu,keluarga RosliKemin, 50,menerima peruntukan awal sebanyak RM15,000 untuk membina rumah baru di atas tanah miliknya dan pembinaan dijangka siap menjelang penghujung bulan depan.

Pengurus Besar TNB Johor Datuk Mohd Aminnudin Mohd Amin,berkata keluarga Rosli antara 20 keluarga yang menerima sumbangan melalui program Baiti Jannati yang dijalankan TNB seluruh negara.

Beliau berkata,biasa keluarga dikenal pasti akan dibantu untuk membaik pulih rumah sedia ada,namun bagi kes keluarga Rosli pihaknya bersetuju membina sebuah rumah baru yang lebih selesa dengan peruntukan disediakan.

Mohd Aminnudin berkata demikian ketika majlis perasmi program itu ditapak baru rumah Rosli di kampung berkenaan,Sabtu lalu.Majlis disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Puteri Wangsa.Datuk Abdul Halim Sulaiman.

Petikan dari Harian Metro 13 Jan 09.

No comments:

Post a Comment