Saturday, November 8, 2008

SHANTI CERMERLANG.

SHANTI CERMERLANG.

PASIR GUDANG,
08 NOV 2009.


Bergambar bersama PK dan rakan rakan di bahagian Kawalan Kredit

Warga kerja TNB khususnya di Bahagian Pembahagian seharusnya mencontohi sikap dan cara berkerja Shantha Kumaree a/p Narayanan,kerani Kawalan Kredit di TNB Pasir Gudang,Johor,Beliau lebih mesra dengan panggilan Shanti di kalangan pengurusan tempatan,rakan-rakan sepajabat malahan pelanggan-pelanggan TNB yang mengenalinya.
Baru baru ini beliau telah memnerima surat penghargaan daripada beberapa orang pelanggan yang begitu berpuashati daengan perkhidmatan cermerlang yang diberikan terutama sekali dalam usaha mengambalikan semula wang cagaran pengguna.Menurut Shanti,lazimnya pelanggan yang menutup akaun TNB tidak memajukan dokumen yang lengkap saperti tiada nombor telefon ,salinan kad pengenalan atau resit wang cagaran.

Justeru,atas rasa tanggungjawap dan amanah yang dipikul,beliau akan berusaha sedaya upaya untuk mengesan dan menghubungi semula pelanggan2 tersebut dengan pelbagai cara antaranya menyemak nombaor my kad dalam sistem e-CIBS.

Sekiranya tiada,beliau menghubungi operator TM 103 atau mengesan malalui alamat pemaju atau jiran yang tinggal bersebelahan rumah pelanggan.
Beliau juaga menampal senarainama nama pelanggan yang belum menuntut wangcagaran di papan notis supaya maklumat sampai kepada pelanggan semasa membayar bil di kaunter TNB."Bagi saya, selepas penutupanakaun pelanggan,apa jua lebihan wang cagaran yang disimpan olih TNB mestilah dikembalikan semula kepada pemiliknya" kata Shanti semasa ditemubual melalui tel baru ini.
Menurut beliau lagi,kita perlu melayan seseorang pelanggan sebagaimana kita mahu dilayan.Kita harusanggap diri kita juga adalah pelanggan dan perlu menjiwai perasaan mereka.Sekiranya kita berada di tempat mereka,tentu kita mahukan layanan yang terbaik.

Menerima sijil penghargaan dari En Ir Aminnudin Muhammad Amin Pengurus besar TNB Johor.


Tambahn pula,TNB Pasir Gudang menempatkan saya bertugas di Bahagian Perkhidmatan Pengguna yang begitu mencabar,walaupun berhadapan dengan pelbagai ragam mereka,namun saya tetap bersabar dan merasa gembira dan berpuas hati apabila cepat dan sempurna.
Penghargaan ini juga seharusnya bersama-sama rakan sekerja yang lain kerana tanpa kerjasama mereka,apa juga usaha merealisasikan harapan pelanggan akan menjadi sukar.Justeru,semangat 'Teamwork'menjadi sandaran kami disemua bahagian di TNB Pasir Gudang ini,ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment