Wednesday, October 22, 2008

AIDILFITRI 08 TNB PGD.

Pasir Gudang 21 Oct 2008.

Lebih kurang 2000 tetamu termasuk kakitangan TNB Pasir Gudang telah hadir Ke Majlis rumah terbuka hari raya anjuran TNB Pasir Gudang.

Majlis telah diadakan di perkarangan letak kereta dihadapan pejabat TNB Pasir Gudang,bermula jam 12 Tengahari dan berakhir jam 14.00 Petang.


Para tetamu bukan sahaja dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya,malah mereka juga dihibur dengan persembahan lawak jenaka dari kumpulan KETOK KETAMBI yang didatang khas dari Keluang.(Program realiti Raja Lawak ASTRO).

Turut hadir kemajlis rumah terbuka hari raya Dato' Amir Nordin Abd Aziz,Pengurus Operasi Wilayah 1,IR Aminuddin Mohd Amin,Pengurus Besar TNB Johor dan para jemputan Pengguna Kuasa Besar(LPC).


Selain jamuan makan,Dato Amir Nordin diiringi YM Raja Jalil bin YM Raja Zaid menyampaikan cenderahati hari raya kepada 10 orang orang tua di kawasan Pasir Gudang.

Diakhir majlis Dato.Amir Nordin meluangkan masa bergambar kenangan bersama kakitangan TNB Pasir Gudang.

No comments:

Post a Comment