Friday, July 31, 2009

Latihan Kebakaran.

Satu latihan kebakaran (Fire Drill) telah diadakan di premis TNB Pasir Gudang pada 31 Julai 2009.  Latihan bertujuan memberi kesedaran disamping mendedahkan kepada anggota kerja TNB Pasir Gudang tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.  Latihan kebakaran dijadualkan diadakan sebanyak dua kali dalam setahun.  Diharap program ini memberi menfaat kepada semua anggota kerja TNB Pasir Gudang.




Friday, July 24, 2009

Bedah Siasat Kabel.

24 Julai 2009-Post Mortem kabel telah diadakan di Pejabat Teknikal TNB Pasir Gudang yany dikelolakan
oleh Haji En Norizal Abu Bakar Jurutera Kendalian Dan Senggaraan Kanan dengan kerja sama dari Syarikat pembekal Sambungan Kabel iaitu Subitec dan BJ Teknik. Postmoterm dilakukan ke atas 2 jenis sambungan iaitu PWOR 22kV Celpack dan Transition Lovink 22kV. Seramai hampir 50 orang telah menghadiri sesi tersebut antaranya wakil-wakil TNB dari Stesen Kluang, Stesen Johor Jaya , Stesen Kota Tinggi..




Thursday, July 9, 2009

Pengauditan 5S MPC.

Pada 09 Julai TNB pasir Gudang telah diaudit oleh En. Ab Rashid bin Omar dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Tujuan pengauditan pada kali ini adalah bagi memperbaharui sijil yang telah diterima pada 13 Ogos 2008 yang lalu. Melalui pengauditan pada kali ini , TNB Pasir Gudang telah berjaya mengekal aktiviti 5S dengan jayanya dan telah disyorkan untuk persijilan semula.

Diharap anggota kerja TNB pasir Gudang dapat memberi komitmen dan kerjasama dalam melaksanakan aktiviti 5S secara berterusan agar menjadi Stesen Terbaik 5S Negeri Johor pada sustu hari nanti




Friday, July 3, 2009

Malam Sure Mesra

Pada malam Hari 5S _ Big Cleaning Day , TNB Pasir Gudang mengadakan Malam Sure Mesra bersama keluarga anggota kerja . Majlis ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar Negeri Johor , Pengurus (MSOD) dan juga Pengurus (PP & SM ) Negeri . Anggota kerja di hiburkan dengan celoteh Raja lawak Azmi dari TNB Keluang . Berbagai menu BBQ dan juadah makanan desediakan hasil daripada sumbangan keawangan dan gotong royong anggota kerja TNB Pasir Gudang sendiri . Pertandingan nyanyian Karaoke Suka Suka telah diadakan dengan disertai seramai lapan perserta. Datuk ’ Mohd Aminuddin Mohd Amin memulakan pertandingan ini dengan memdendangkan lagu yang di popularkan ole Broary Marantika.





Big Clening Day

Hari - Big Cleaning Day telah diadakan pada 03 Julai 2009 di Pejabat Teknikal , TNB Pasir Gudang yang dirasmikan oleh Y.M Raja Abd Jalil bin Raja Zaid . Program tersebut dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh En Yunus b. Jalil . Kemudian anggota kerja memulakan aktiviti mengecat bangunan stor di Yard dan juga aktiviti pembersihan kawasan pejabat dan juga zon 5S masing masing