Thursday, April 30, 2009

LAWATAN KERJA DATO' Ir Hj AMIR NORDIN.



Dato'Ir Hj Amir Nordin Abdul Aziz Pengurus Besar Kanan (Wilayah Satu) Tenaga Nasional Berhad telah membuat lawatan kerja TNB Pasir Gudang.Ketibaan beliau di sambut oleh YM Raja Jalil Raja Zaid Pengurus Kawasan dan En Norizal Jurutera Kanan Senggaraan TNB Pasir Gudang.
Setelah diberi taklimat beliau turun padang ke Sudut Galeri,Pusat Pengurusan Bekalan,Kaunter Perkhidmatan dan Pembayaran untuk menanda tangani buku kehadiran.

Friday, April 24, 2009

PERHIMPUNAN PERDANA PASIR GUDANG


TNB Pasir Gudang telah mengadakan Perhimpunan Perdana di Dewan Taman Harmoni,Taman Molek.Turut serta TNB Johor Jaya dan TNB Kota Tinggi.Hadir juga diperhimpunan ini Tuan Yusuf bin Ibrahim Ketua Jurutera TNB Negeri Johor.Perhimpunan ini dimulakan dengan bacaan Doa,nyanyian lagu NEGARA KU,TNB KOPRAT dan JOHOR NGE TOP.

YM Raja Jalil YM Raja Zaid Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang memulakan uacapan rengkas kepada semua warga kerja,beliau meminta berkerja dengan gigih dan berdaya harap untuk memajukan syarikat serta meningatkan warga kerja,upahan kerja kita adalah dibayar olih pelanggan dengan itu perkhidmatan kita kepada pelanggan perlu dipertingkatakan.

ITERGERITI dan MENUTAMAKAN PELANGGAN adalah perkara yang di tekan oleh Tuan Yusuf Ibrahim KJ Negeri Johor dalam ucapan beliau.Dan seterusnya merasmikan PERHIMPUNAN PERDANA TNB Kawasan Pasir Gudang.

Dalam atur cara seterus setiap Jurutera kanan bahagian telah mempersempahkan aktiviti yang telah dan akan dirancangkan.

Diakhir majlis Tuan Yusuf Ibrahim sudi menyampaikan hadiah kepada pemenanag Sukan Teknikal kawasan TNB Pasir Gudang yang telah diadakan pada 20 Apr 2009,Juara Keseluruhan di menangi Stesen TNB Pasir Gudang dan Anugerah kepada perkerja terbaik lelaki En Sahar Sharom dan Wanita Puan Shantakumari mewakili Stesen TNB Pasir Gudang dan beliau juga menyampaikan pada kategeri yang lain.

Thursday, April 23, 2009

MENDERMA DARAH AKTIVITI 5S

Menderma darah,memeriksa kesihatan dan ceramah CPR adalah aktiviti yang telah diadakan di ruang BENGKEL LATIHAN di Pejabat TNB Pasir Gudang
.
Bermula dengan ceramah CPR di Sampaikan penceramah Bulan Sabit Johor Baharu,serta peperiksaan kesihatan yang didatang dari Hospital Pakar Johor dan Hospital Pakar Puteri dari Johor Baharu mengadalikan derma darah.


Penderma darah adalah warga kerja yang layak saja setelah diperiksa kesihatan mereka.Lebih kurang 50 warga kerja telah menderma darah dalam kempen Minggu 5S TNB Pasir Gudang.

Wednesday, April 22, 2009

MINGGU 5S TNB PASIR GUDANG

Bermula dengan Doa,nyanyian lagu NEGARA KU dan TNB KOPRAT.

YM Raja Jalil Bin YM Raja Zaid telah merasmikan MINGGU 5S TNB PASIR GUDANG.Dalam ucapan beliau ingin melihat aktiviti 5s ini dijadikan amalan terbaik kepada semua wargakerja.
Dan kalau ingin menjadi 5S super kita kena amalkan setiap hari.Beliau juga meinta membersih dan mencantikan di kawasan tempat kerja.(Kenderaan,Alat kerja dan bangunan.)

Senaman ringan juga telah diadakan di ketua olih En Kamaldin (Pembaca Jangka)dan gotong royong membersihkan kawasan.

Jam 2 petang Pengauditan dalaman kumpulan 5S TNB telah di auditkan olih En Hashim dari TNB Kota Tinggi.

Tuesday, April 21, 2009

SUKAN TEKNIKAL TNB PASIR GUDANG.


Bermula dengan Doa,nyanyian lagu NEGARA KU dan TNB KOPRAT.

Tuan Yusuf Ibrahim Ketua Jurutera TNB Negeri Johor telah merasmikan Sukan Teknikal TNB Pasir Gudang,di Perkarangan yard TNB Pasir Gudang.
Sebanyak 3 Pasukan mengambil bahagian TNB Pasir Gudang,TNB Johor Jaya dan TNB Kota Tinggi dalan acara dibawah ini.
1.Menarik servis.
2.Pole dressing.
3.Umbang Lengkap
4.Jointer.
5.Pemangsang Jangka.
6.Pemangsang Lampu Awam.
&.Sesalur Atas Voltan Rendah(SAVR).
7.CPR.
Dan juga demotrasi cara memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang.
Acara ini berakhir jam 2 petang.

Sunday, April 12, 2009

KEJOHANAN GOLF JEMPUTAN TNB JOHOR.

Tenaga Nesional Pasir Gudang telah menjadi tuan rumah KEJOHANAN GOLF JEMPUTAN di Tanjung Puteri Resort,Pasir Gudang.

Bermula dengan pendaftaran jam 12 Tengah hari dan sesi bergambar dengan kesemua perserta dan pemain golf.

Seramai 62 pemain telah menyartai Kejohanan golf jemputan TNB Johor yang menwakili Jabatan Kerajaan,Badan Swasta.Pengguna Kuasa Besar dan Kakitan TNB Negeri Johor