Wednesday, December 31, 2008

PUAN NORA ADEEB.

PASIR GUDANG,
31 DEC 08.

PERTUKARAN KENAIKAN PANGKAT(PUAN NORA ADEEB).

Puan Nora Adeeb Abdul Razak Pengurus(Pengurusan Akaun Pengguna)Bahagian Perhidmatan Pengguna TNB Pasir Gudang bertukar ke Pejabat TNB Jalan Bangsar,Kuala Lumpur.

Pertukaran beliau atas dasar kenaikan pangkat ke Jawatan Pengurus(Panel Companies)di Bahagian Perolehan.Tarikh bertukar beliau pada 01 Jan 2009 dan melapor diri pada 02 Jan 2009(Jumaat).

Beliau telah berkhidmat di TNB Pasir Gudang Hampir 6 Tahun bermula 30 June 2003 hingga 31 Dec 2008 di Bahagian Perkhidmatan Pengguna(Pengurusan Akaun Pengguna).Sebelum ini beliau bertugas TNB Johor Baharu.

Beliau juga Pemudah Cara Kumpulan WIT dan 5S Force 9 TNB Pasir Gudang.

Kami warga kerja TNB Pasir Gudang khususnya Bahagian Perkhidmatan Pengguna mengucapkan selamat maju jaya.

Pada tarikh 06 Jan 09 Bahagian Perkhidmatan pengguna telah mengadakan majlis penyampaian cenderahati kepada beliau sebagai kenangan.

Tuesday, December 16, 2008

KEMALANGAN TEMPAT KERJA.

PASIR GUDANG,
16 DEC 08.

KEMALANGAN TEMPAT KERJA(EN SOON)

En Soon Kah Seng warga kerja TNB Pasir Gudang dari Unit Perancang telah ditimpa kemalangan kebakaran ditangan.
Kemalangan berlaku pada hari Ahad tarikh 14 Dec 2008 di Bandar Baru Seri Alam.

Bergambar bersama Kumpulan Force 9 Kawalan Kredit TNB,di Hospital Pakar Penawar Pasir Gudang.

Friday, December 12, 2008

BIODATA.

KUMPULAN FORCE 9 TNB PGD(WIT/5S)

PEMUDAHCARA:Pn Nora Adeeb Abdul Razak.
KETUA PASUKAN:Pn Norzelah Mohamed.
PENOLONG KETUA:En Nasir Abdul Ghani
SETIAUSAHA:Pn Hjh Kamisah Hj Bakri.
BENDAHARI:Pn Asmah Sibin.
AHLI:Pn Hjh Siti Haliza Sulian,En Azman Mustafa,En Malek Muhammad,Pn Shanti dan En Zulkepli Ahmad.

ETIKA:
1.Mematuhi segala peraturan dan arahan.
2.Menepati masa.
3.Berkerjasama dan bertanggung jawab.

MOTO:
PENCAPAIAN TANPA BATASAN

Saturday, December 6, 2008

UCAPAN ADILADHA.

ASIR GUDANG
06.DEC 08.

UCAPAN ADILADHA.

Wargakerja TNB Pasir Gudang mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga kerja TNB yang beragama Islam, khususnya pembaca blog ini.

Di hari yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa akan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia serta semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di tanah suci Mekah,Warga kerja TNB dan khusus kepada YM Raja Jalil Raja Zaid Pengurus Kawasan TNB Pasir Gudang.

Semoga amal ibadat mereka dalam mengerjakan rukun Islam yang ke-5 ini diterima Allah s.w.t. Semoga mereka dianugerahkan haji yang mabrur, insya'allah, serta selamat pulang ke tanahair dan ke pangkuan keluarga.

Disamping kegembiraan ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang mungkin tidak bernasib baik seperti kita.

Justeru kami wargakerja TNB Pasir Gudang mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan kemalangan bas di lebuhraya baru baru ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DAN TAHUN BARI HIJRAH 1430.

Thursday, December 4, 2008

KEMALANGAN JLN RAYA.

Pasir Gudang,04.Dec 08.


Kemalangan berlaku di simpang 3 lampu isyarat di hadapan pejabat TNB Pasir Gudang.
Kejadian berlaku jam 1800 antara kereta Honda dengan Waja(Teksi)

Kemalangan berlaku di simpang 3 lampu isyarat di hadapan pejabat TNB Pasir Gudang.
Kejadian berlaku jam 1800 antara kereta Honda dengan Waja(Teksi)

kedua2 pemandu kenderaan cedera ringan.Maklumat yang diketahui kereta Honda dari arah Tmn Pasir Putih Ke Johor Baharu dan Teksi dari Termianl Bas ke Tmn Air Biru.


AKIBAT TAK MEMATUHI LAMPU ISYARAT.